Nuffnang Advertisement

Friday, April 8, 2011

I'm not a morning person.......

Betul sesangat lah tajuk diatas tu..... aku kalau bangun tidur mmg moody. Aku sendiri pun tak tahu kenapa perangai aku buruk sangat. Kalau aku bangun tidur selalunyer aku tak suka bising2. Selalu nyer aku akan relaks dulu buat apa kerja yg patut macam mengemas, mencuci, menyapu ker.....lepas tu baru aku mandi. Lepas dah mandi & makan baru mood ceria aku tu datang balik.

Tapi yang buat aku tak tahan & meletup pagi2 buta sebab En Win suka mengacau aku......tensi aku. Encik Win ni kalau bangun pagi mesti ceria aku pun tak tahu mana dia dapat tenaga pagi2. Sambil aku make-up nak gi kerja nanti dia akan renjis2 muka aku ngan air kat badan dia. Angin betul aku satu badan. Tak pun dia akan terjerit2 pangil nama aku "Mama towel i mana" padahal towel depan mata dia jer. Sakit tak hati.

Kalau dia bangun dulu lagi aku tensi.... dia akan halakan ketiak dia kat muka aku. Aku ni sambil tidur berkerut-kerut lah muka cari apa yg bau busuk tu...tak pun dia akan hempuskan nafas kat lupa hidung aku. Kau tahu lah pagi2 mulut dia busuk macam mana..... korang tak rasa ker mcm nak lempang waktu tu. Lepas aku dah mengamuk dia akan gelak kan aku. Satu lagi perangai laki aku ni pagi2 buta suka sangat menyanyi2 terjerit dalam toilet. Kalau suara tu macam Anuar Zain tak apalah Bang ooiiii.... sepuluh lagu pun aku sanggup dengar tak pun aku berduet sekali....ini sekadar suara macam Ahmad Jais tak yah lah.

Anak aku Danea pulak.....asal aku kejut kan jer....lagi 10 minutes Yaya bangun. Dah dekat 1/2 jam pun x bangun2 jugak. Anak ngan bapak sama jer. Satu lagi perangai En Win yg aku tak boleh blah.....dia tak boleh nampak langsung kalau katil tu tegang dan cantik.....confirmed diselerakan balik bantal2 tu, lepas tu dia akan henyak2 katil tu sampai berkedut balik cadar tu.....aku rasa aku kawin ngan org mental lah agak nyer. Kau ingat cute sangat ker perangai macam tu...konon2 comel lah perangai macam budak2. Macam mana lah isteri kau ni tak jadi macam naga.

Malam2 baik punya sedap tidur......kadang2 aku boleh dengar bunyi bising kat Dapur....YaAllah dia memasak pulak pukul 3 pagi. Esok bila aku bangun aku tgk kat sinki dgn pinggang, cawan, kuali, senduk bersepah-sepah. Perangai En Win ni mmg pelik.....dia lah manusia yg pertama yg pernah aku jumpa yg tak mempunyai perasaan langsung. Masalah berat macam mana pun dia cool jer. Aku ni berkerut lah dahi memikirkan masalah kewangan keluarga ker.....masalah anak2 ker..... tapi dia buat tak tahu jer. Dlm kepala hotak dia masalah besar macam mana pun mesti ada jalan penyelesaian nyer so tak yah nak gabra2 or kelam kabut. Tapi betul jugak.....aku ni kadang2 kelam kabut jer lebih tapi masalah tak ada lah besar mana. Pasal nak makan mana pun aku boleh fikir macam masalah negara.

Kalau anak aku result exam tak bagus dia boleh cool jer.....nanti cuba lagi yer. Tak pun bila dia tengok exam paper anak aku dia akan gelak kan sebab anak aku jawab salah.....mana lah anak aku nak takut dapat bapak macam ni. Aku ni puas lah mengamuk....esok tu gi cari tempat tuition suruh budak2 tu belajar dia buat tak tahu jer. Yang dia tahu bila aku mintak duit suruh bayar dia bayar jer tanpa bnyk soalan. Encik Win yg cuma dia tahu....cari duit utk keluarga.....makan dan pakai semua cukup...benda lain dia tak nak ambik tahu. Aku lah yg akan handle semua nyer. Baju raya pun macam tu jugak....kalau aku tak sediakan....dia ok jer  pakai baju lama.... aku mmg dah biasa sangat ngan perangai En Win ni....so segala keputusan aku akan buat dia ok jer follow yg penting mesti ikut budget dia.

Tapi aku bersyukur sangat berkawin dgn En Win ni sbb dia tak susah nak handle..... dia suami yg sangat baik....sayangkan anak2 & keluarga...tak suka mengamuk....sempoi. Aku rasa lelaki lain mmg tak boleh tahan layan perangai perempuan giler macam aku ni.....tapi dia cool jer. Aku rasa dia pun bersyukur dapat aku kot sebab mana ada perempuan yg boleh tahan laki yg mental macam ni.

Keluarga Mental......

No comments: