Nuffnang Advertisement

Wednesday, April 6, 2011

Bertunang......

Hallooooo......sorry uolls lately ni i busy bangat. Maklum lah kalau En Win tak ada...I mmg macam perempuan giler sikit. Ambik anak, masak (masak tu), tengok kedai, hantar barang, membasuh, macam2 lah. Pukul 12 malam pun kadang2 kerja tak settle lagi. Ini lah adat orang berniaga tak boleh duduk diam...kalau diam makna nyer duit tak masuk.

Hari Sabtu lepas aku kena gi Melaka sbb ada Majlis Pertunangan. So makna nyer aku kena drive sbb En Win tak ada. Dalam pukul 8.30 pagi aku dah bertolak.....kali ni cuma pergi ngan anak2 & mak mertua jer...yg lain tak dapat ikut. Pukul 10.30 pagi aku dah sampai. Wah!! meriah tu....aku tgk orang semua dah sibuk kehulur kehilir buat kerja. Satu yang seronok nyer kenduri kat kampung ni semua turun padang membantu. Sampai2 jer terus gi dapur tgk2 apa yg boleh tolong. Tapi terus terang i cakap uolls i mmg tak pandai nak tolong2 ni....I kena tunggu orang bagi arahan baru I buat uolls....kalau tak I akan jadi macam patung jer kat dapur tu. Ada separuh org tu tahu jer apa nak buat.....datang2 jer terus ambik penyapu ker, terus basuh pinggang ker....tapi i mmmg tak pandai uolls. I takut kalau tersalah buat....korang tahu lah selalunyer kenduri kat KL guna catering so kerja aku cuma bagi arahan jer. Diorg ni mmg superb....macam2 lauk diorang masak adalah dekat 7 - 8 macam. Semua masak sendiri.....fuh!!! hebat2. Aku kalau mak aku buat kenduri confirmed panggil catering sbb malas nak gi pasar beli lauk, malas nak masak, malas nak mengemas lepas kenduri so aku rasa catering adalah jln yg terbaik.



Ini anak dara aku.....melaram ala2 perempuan Indon. Baju ni aku beli masa gi Bali last year. Diorg tak suka baju ni sbb dia kata pakai kain batik macam nenek tuo. Berani tak pakai!! mak kau ni beli mahal2 banyak complain pulak. Aku mmg suka baju ala2 klasik & tradisional macam ni. Laki aku mmg tak faham perangai pelik aku ni. Kalau boleh nanti aku nak buat songket ala2 Cik Siti Wan Kembang pulak utk diorg pakai. Tak tahu kenapa aku mmmg suka fesyen org dulu2......macam baju yg ada pocket besar kat depan, baju pesak gantung labuh dia sampai kebetis. Suka sesangat!

Ini Umi dari Singapore. Cantik kan!! teror menari tu. Dia punya gelek MasyaAllah.....Ana tergoda lah.

Kawan anak aku kat kampung..... "Murni gi ikat rambut anak kau ni....rimas aku tgk". Kalau aku sah2 laju jer tangan aku ambik gunting....tapi rambut budak ni mmg comei.....curly2




Habis kenduri jer diorang pasang lagu kuat2 lepas tu terus menari...... Keluaraga aku kat Melaka ni memang sporting dan suka menari.... kau pasang jer lagu apa pun bergoyang jer badan tu. Kalau ada Majlis....malam confirmed ada joget lambak. Seronok tu....kat KL mana ada semua ni. First time aku joget lambak masa aku buat majlis kawin aku kat Melaka ni.....diorg paksa pengantin menari. I malu uolls....kena menari depan orang ramai....maklumlah waktu tu kan I pengantin jadi sifat malu tu tinggi (ngada kan dekat disco laju jer kau menari....kat kampung buat2 macam perempuan baik....sungguh hiprokrit perangai aku kan).

Kau tengok muka anak aku ni.....tercenggang tgk orang menari. Dia tak tgk mak dia menari lagi....confirmed terus pengsan.

Ini lah keluarga kat Melaka tu.....yang bertunang tu nama dia Rosnah. Tomeikan....

No comments: