Nuffnang Advertisement

Friday, April 15, 2011

Bangang...

Malam tadi....En Win seperti biasa tak ada kat rumah so aku pun bawak anak2 gi makan kedai sebab malas masak. Sampai jer kedai terus duduk kat meja dekat dgn TV. Tak perasan pulak sebelah meja aku ada lelaki janggut panjang sampai ke dada.....dengan bini dia pakai tudung labuh sampai kat lutut. Lantak korang lah nak pakai apa kan ada aku kesah.

Biasa lah uolls aku kalau gi kedai makan pakai short and t-shirt jer.... nak pulak kalau bawak dua monster aku tu selesa sikit pakai macam ni......kalau aku pakai baju kurung mau tersunggkur pulak kang depan kedai tu...aku mana lah tahu jalan sopan santun.

Bila aku dah order makan..... aku perasan dia laki bini jeling2 kat aku.....mulut terconggek2 mengumpat. Hati aku dah panas....tapi aku masih boleh sabar lagi. Lepas tu bini dia ambik suratkhabar and sengaja baca kuat2 "mana lah budak2 sekarang tak kena rogol..... tengok jer lah pakaian yg diorang pakai mmg macam disuruh diri tu dirogol". Lelaki dia konon2 ala2 sedih terus geleng2 kan kepala. Terus suami balas balik kenyataan isteri dia "Kita kalau dah jadi isteri kena tahu batas2 berpakaian dan jaga maruah suami bila diluar. Pantat lah.....salah ker aku gi makan tanpa suami....kalau nak tunggu En Win mau mati kebuluran pulak aku anak beranak. Jaga maruah suami........Eh! bodoh aku makan jer lah itu pun dgn anak2 bukan nyer aku bawak jantan lain. Sebenarnyer kau jeleskan sbb isteri kau tak seksi macam aku.

Dalam hati aku diorg ni mmg cari pasal.......selesai jer aku makan....aku cepat2 bayar... bila aku bangun aku sengaja cakap kuat2 ngan anak aku. " Esok kalau dah besar kalau nak jadi isteri mithali make sure masak utk suami....tak baik bagi suami makan lauk kat kedai"." Kalau nak tutup aurat nanti....jangan lupa mulut pun kena tutup sekali". Lepas tu aku terus blah...... diaorang pandang jer muka aku. Peduli apa aku yg penting I puas uolls.....

Anak aku pun terpinga-pinga waktu aku cakap tu....mesti dia ingat aku giler cakap sorang2.

No comments: