Nuffnang Advertisement

Tuesday, March 29, 2011

Tambah anak.....

Satu malam tu aku borak2 ngan En Win atas katil sambil geli2 (hahaha....x adalah).  Tiba2 En Win suara kan nak tambah anak satu lagi. I terkejut uolls....lalu jatuh tergolek dari katil. "Mama...next month u cabut IUD yer...kita buat anak tahun ni"." Kalau boleh kita cuba dapat kan anak lelaki" (ingat aku machine ker masuk kan syiling 20 sen lepas tu tekan butang anak lelaki).  I tercekik uolls....lidah ku kelu. Lalu dgn perasaan yg aku cuba tenangkan walaupun jantung aku rasa nak meletup.... aku terus memulakan alasan2 yg patut diberikan. Aku bukan tak nak anak tapi belum masa nyer lagi....antara sebab2 nyer :-


1. Kesian kat Mak & Bapak mertua aku....diorg dah tua. Bagi lah diorg menikmati hari tu diorg dgn tenang.
2. Nak ambik maid mahal giler babi.....nak hantar nursery aku x suka. So tunggu budget ok baru blh ambik maid.
3. Aku akan mengandung tapi bukan sekarang.....may be lagi 2 tahun after everything settle.
4. Lagi pun bagi lah aku rehat2 dulu....bagi lah dua orang anak aku tu besar sikit
5. Holiday pun senang x payah bawak botol susu....makan pun senang suruh diorg duduk & order jer
6. Aku tak ready lagi.....malas nak bangun malam2.


Sebenar nyer dua orang pun dah cukup untuk aku....tapi don't worry darling!! I akan mengandung lagi tapi bukan sekarang. Bagi perniagaan kita stabil dulu....biar kita pindah rumah baru dulu..... settle anak2 punya penukaran sekolah dulu....budget semua dah ok......baru kita fikirkan pasal anak satu lagi. Mmg anak tu rezeki....tapi kalau kau tak bersedia dari segi mental & fizikal tak guna jugak. Banyak benda tak settle by end of the day dapat anak tapi kau laki bini asyik bergaduh jer. Nak terima orang baru dalam keluarga bukan nyer senang ..... perbelanjaan bukannyer sikit. Itu semua kena ambik kira.....zaman sekarang tak ada benda yang murah....semua nyer duit.


Aku memang tak sanggup jaga anak ramai2.....aku tahu limit dan tahap kemalasan aku. Setakat dua or tiga orang boleh lah aku handle tapi lebih dari itu rasa nyer tidak. Aku respect orang yg boleh jaga anak sampai 4 - 5 orang. Confirmed kalau anak ramai aku tak boleh bergaya.....tak boleh keluar & enjoy2 ngan kawan2. Nak tunggu diorg besar lagi 5 tahun waktu tu aku dah tua.....so aku rasa rugi sebab aku dah sia2 kan waktu muda aku (mesti korang kata aku zalim & tak ada hati perut). Tapi aku peduli apa....aku ada alasan aku sendiri. Aku sangat sayangkan keluarga aku.....aku sangat sayang diri aku. So aku kena balance kan kedua-dua nyer. Kalau  24 jam aku busy jaga anak2....badan letih....mesti aku x ada masa nak layan laki aku, nak manjakan diri aku, nak bercuti berdua jgn harap lah tak akan nak tinggal kan anak ramai2 tu kat rumah mak mertua aku.


Aku tak nak jadi macam mak aku asyik jaga anak jer....diri sendiri diabaikan. Buat semua benda demi anak2. Dah tua baru nak rehat....tapi bila ajak jalan dah tak larat. Sekarang jaga cucu pulak....so bila masa utk diri sendiri.....tak ada kan?. Lelaki ni kan jahat sikit....bila bini dah comot dan asyik membebel kat rumah sebab penat....confirmed diaorg keluar. Konon nak tenangkan perasaan. Perasaan bini kau pulak macam mana? (tapi tak semua lelaki yer). Betul tak aku cakap....beranak ikut kemampuan korang....jgn bila laki nak anak jer korang mengandung. Fikir utk diri sendiri....lepas tu baru utk orang lain....sebab yg banyak menanggung yer perempuan bukan lelaki. SAYANGI LAH DIRI ANDA.....RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL.......

No comments: