Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 2, 2011

Stress....

Minggu ni aku ngan En Win stressssss.....giler. Asyik bergaduh jer. Bukan pasal perempuan yer tapi pasal kedai. Biasa lah kalau berkerja laki bini ni pendapat mesti tak sama. Aku nak menang sbb aku rasa pendapat aku yg paling bagussss.... En Win lagi lah..... I husband u....u kena dgr cakap i. Tapi we all gaduh tak lama sbb lepas tu dua2 senyap sbb malas bertekak.... tak sampai setengah jam bincang balik.

Bagi yang tak tahu actually aku ngan En Win ada business baju.... we all ada dua kedai (Satu kat Bukit Bintang & Satu lagi kat Sungei Wang). InsyaAllah satu lagi cawangan lagi akan dibuka di Semua House. Kepada sesiapa yg minat berniaga datanglah jumpa we all berdua. InsyaAllah aku ngan En Win akan bantu. Kedai kat Bukit Bintang we all jual baju lelaki & seluar jeans (terletak di tingkat satu..... satu row dgn Al Ikhsan). Kedai kat Sungei Wang we all jual pakaian wanita (terletak di Ground Floor). Nama kedai  Daneadani (sempena nama anak2 aku).

Minggu lepas kitaorg sponsor baju utk program 1,2,3 tukar. Ala.... yang Sarimah Ibrahim jadi hos tu. Kalau tak silap aku cerita ni keluar setiap hari Ahad pukul 7pm. Lepas tu kitaorang dapat surat dari TV3 mintak sponsor baju untuk cerita Awan Dania musim ketiga pulak. Ini lah salah satu cara utk we all promote our shop. Sekarang tgh pening nak pilih baju pulak.....

Selalu nyer yg buat kitaorg pening kepala pasal masalah staff......bukak kedai lambat, suka2 hati bagi diskaun (kau ingat aku beli baju tu byr ngan kertas ker.), baju tak berlipat, tak bergosok....eeeeee tension kan. Kedai lampu terbakar lah, bocor lah ( tak senang kan ada kedai ni). Total staff yang ada sekarang 4 org.

Kerja aku pulak kena survey baju2 yg latest design....korang tahu lah kat Sungei Wang ni kan semua fashion very the up to date. Kang kedai org lain dah ada fesyen baju keluar tetek kau tetap jual blouse labuh (macam mana tu.....). Bila aku dah survey baju yg latest design kat internet kerja laki aku pulak akan ke China beli baju2 tu. Dalam sebulan  laki aku akan duduk seminggu kat China utk beli stock2 baru. So kau dapat bayangkan tak betapa busy nyer kitaorg. Kadang2 dapat bercakap kat telefon jer sbb tak jumpa kat rumah kalau jumpa pun 1jam jer. Kalau u baca blog i ni darling....i miss u so much....(jiwang2).

Mula2 bukak kedai aku ngan En Win mmg busy sbb nak cari stock baju, nak renovate kedai, cari pekerja, bukak acct....mcm2 lah. Sampai kan anak2 aku terabai sekejap...asyik kena tinggal ngan nenek dia jer. So bila semua dah settle down..... En Win decide biar dia sorang jer handle kedai tu....aku kena jaga anak2 kat rumah, hantar diorg gi class, tgk homework, bawa jalan2 sbb En Win mmg tak ada masa. Cuma Sunday jer aku suruh dia cuti. Itupun dia lari2 gi kedai jugak. En Win dah berjanji setahun sekali dia akan cuti panjang dan bawak we all gi bercuti......



Ini kedai kat Bukit Bintang. Pakaian lelaki sahaja




Ini kedai kat Sungei Wang. Pakaian wanita sahaja. Jgn keliru....depan kedai tu ada tulisan cina sbb waktu tu nak dekat Chinese New Year tu yang decorate tanglung nenas tu....

Cita2 aku ngan En Win nak bukak lebih banyak Cawangan lagi di serata Malaysia. Nak jadi perniaga wholesaler yg terbesar & berjaya. Korang doa2 kan yer. Nanti kalau kedai kat Semua Hse dah bukak aku update yer.

No comments: