Nuffnang Advertisement

Friday, March 4, 2011

Sessi luahan perasaan....

Eeeeee....tension nyer!! Tak boleh tahan dgn org yg hipokrit, kaki bodek & Talam dua muka.

Hipokrit - Kenapa nak kena jadi hiprokit tak boleh ker jadi diri sendiri. Aku tahu lah kau tu dah baik.....dah alim tapi x payah nak betul2 kan & tegur2 org. Kau betul kan diri kau dulu baru boleh tegur org lain. Kau cuma berlagak baik depan orang tapi sebenarnyer bila jumpa kawan2 kau habis segala perangai buruk kau keluar kan. Yang paling tak tahan.....bila org tak sembahyang....tak pakai tudung.....tak mengaji. Kau anggap dia jahat dan harus dijauhi. Kau ingat kau sembahyang & tutup aurat tu kira dah baik sangat ker? Wahal hati kau busuk....kerja asyik nak menegur dan membetulkan orang. Fikir buat kebaikan tuhan bagi pahala. Kau fikir nak mengejar Syurga jer.... tapi kau tak fikir berapa banyak hati orang kau lukakan, perangai kau ni buat org kutuk jer sbb org blh tahu kau sebernarnyer HIPOKRIT. Aku ni dah dewasa...dah ada laki....takan aku sembahyang....aku mengaji aku nak canang kat semua orang. Walaupun aku x sembahyang atau menutup aurat semua ini aku yg akan tanggung bukan kau lah bodoh!! nak tegur tu boleh tapi jgn sampai memaksa pulak.....kau siapa nak paksa2 aku tutup aurat. Aku nak gi Clubbing ker....pakai pendek sampai nampak bontot ker itu hak aku lah.....kau jaga jer laki or bini kau. Rumahtangga pun x betul nak nasihatkan orang. Gosok dulu baju, masak kan laki kau tu dulu, jaga anak tu betul2 & betulkan keluarga kau tu dulu baru boleh fikir masalah orang lain. Aku tak faham betul kenapa manusia ni bila dah pakai tudung, sembahyang x tinggal diorang anggap diri tu terlampau baik sgt. BODOH punya pemikiran!!!

Kaki Bodek - Ini lagi satu penyakit yg aku x boleh tahan (rasa nak lempang2 jer). Boleh tak kau kerja jer macam biasa. Tak payah bodek2...... kau buat orang sekeliling meluat tgk kau tau!! Aku mmg tak pandai bodek2 ni biarlah pangkat aku lambat naik aku tak kisah...pening lah nak bodek & kipas2 ni. Stressssss lah jumpa orang macam ni tiap2 hari. Berlawan bodek antara satu sama lain. Bukan kau nak berlawan siapa kerja paling bagus. Ini siapa bodek paling terror. Fuhhhhh......giler2.

Talam dua muka - Depan aku...."betul ckp u....I setuju" tapi belakang aku kau kutuk2 kau kata aku bodohlah tak ada otak lah. Baik ngan aku bersebab. Lain yg aku cerita lain yg kau sampaikan kat orang. Orang yg tak tahu cerita sebenarnyer tadi terus masam muka kat aku. Kau rasa bahagia sangat ker melaga-lagakan orang ni. Aku beli barang mahal kau puji..."ialah lah u kan penat bekerja...u patut beli semua ni...ini kan hasil titik peluh u". Tapi belakang aku kau cerita lain "entah2 ada org sponsor tak? tak kan lah cuma ada kedai baju dah boleh beli handbag mahal2 & pergi holiday luar negera". SIAL kau tahu ker duit aku sikit ker banyak....mana tahu dulu2 bapak aku jual tanah ker...dia bagi aku sejuta.

The moral of the story - manusia tak akan puas hati bila diantara kawan2 nyer hidup senang & bahagia. Mencari kesalahan orang lain adalah satu kepuasan untuk diri mereka. Aku tak ckp lah aku ni baik sgt. Tapi kalau boleh aku minta aku dijauhi dgn perangai2 buruk macam ni......MAK STRESS NYAH....

No comments: