Nuffnang Advertisement

Tuesday, March 15, 2011

Rinduuuuu.......

Hi uolls..... Issshhh.....rindu nyer kat hubby I. Padan muka.... time En Win ada aku ngada2....suka cari pasal. Dia tak ada baru nak miss2. En Win tak ada seminggu pergi China. I meroyan  uolls tak ada suami ni. Mana tak nyer dia lah tempat i mengadu, manja2, tempat pukul2. Tak ada org tidur sebelah I.....itu yg buat lagi jadi meroyan.

Kalau En Win tak ada makna nyer kerja i bertambah uolls. Pagi kena hantar anak gi rumah MIL, petang ambik diorg balik, malam pergi kedai....check2 staff. Bukan betul diorang ni boss tak ada tutup kedai awal pulak. Seperti biasa En Win akan ke China utk ambik stock baru.....I risau uolls buat nyer dia tersangkut ngan perempuan China kat sana....meroyan I.

Sebelum dia gi China hari tu.....ada lah gaduh2 manja ngan En Win.....sbb balik lambat. Aku kan sensitive kalau dia nak gi outstation dia mesti bawa aku & anak2 gi dinner and spend time together2. Tapi malam tu dia terbalik lambat sbb banyak benda nak kena settle. So aku kan Drama Queen merajuk lah (ngada kan....lempang baru tahu). En Win letih....aku pulak merajuk maka terjadi lah petengkaran tsunami. En Win pun keluar rumah bawak anak2 naik kereta tinggal kan diva vogue ni sendirian di rumah. Uolls tahu lah kan.....I kalau gaduh ngan En Win 1/2 jam jer.... tak boleh lama2 sebab dua2 cepat sejuk. So....bila En Win dah ok sikit dia call ambik aku kat rumah. Maka terjadi lah drama minggu ini di dalam kereta.....En Win terus peluk & kiss aku minta maaf (type sambil tersipu-sipu senyum). I suka uolls....maka i pun memulakan bakat artis yg ada di dalam badan ku ini terus meminta maaf sambil mencium tangan En Win (gelikan). Penonton nyer adalah dua org monster dibelakang yang terpinga-pinga kenapa mak bapak dia berkelakuan sedemikian.

Alhamdulillah..... one thing good yg aku rasa pasal kita orang berdua ni..... we all tak malu mengaku salah. Tak kisah lah siapa betul atau salah....salah sorang bila dah ok cepat2 mintak maaf. No point gaduh lama2.... buat sakit hati lagi ada lah. Since kita orang kawin lagi.....we all dah janji apa2 masalah sekali pun mesti berbaik hari yg sama jugak. Esok kita bukak buku lain pulak. En Win tak suka fikir masalah.....semua benda dia buat lawak......so jarang tengok dia stress. Aku pulak cepat stress & melenting so bila ada dia keadaan akan come back normal.

So bila dia tak ada aku rasa sunyi sangat......rinduuuuuu. gilerrrrrrr. Tapi aku tak suka call or kacau time kerja sbb aku tahu dia mesti busy kat sana. So malam after settle everythings baru call. Kadang2 best jugak berjauhan ni.....baru boleh borak2 kat phone macam org bercinta. I hope sampai tua aku ngan En Win akan berjalan berpegangan tangan & masih lagi tidur berpeluk-pelukan. Satu benda aku perasan orang melayu ni kalau dah tua tak boleh buat tu semua sbb malu ngan anak2 & cucu. Setiap tahun after aku bawa anak2 bercuti.....after that we all pulak akan bercuti berdua tanpa anak2. Aku rasa bercuti berdua ni sangat perlu cause kita pun perlu masa utk bersama2...wujudkan cinta & kasih sayang tu balik.....sbb sometimes bila kita sibuk bekerja kita lupa yg kedua-dua kita ni sebenarnyer perlukan belaian manja. So pada masa bercuti ni lah kita boleh buat tu semua utk suami or isteri kita tanpa gangguan org lain.

Darling kalau u baca blog ni......I Luv u so mucccchhhhhhhh.....I bersyukur sangat berkawin dgn u, u bagi I kebahagian.....u adalah lelaki yg sempurna dimata I. Thank you sayang......(kan dah nangis ....sob....sob...sob)

No comments: