Nuffnang Advertisement

Friday, March 4, 2011

Perangai anaks

Bila sampai rumah jer aku mesti tanya anak2 aku ada homework atau tidak.... tapi jawapan memanjang jer tak ada. Bila tanya pasal peperiksaan pulak..."Boleh buat tak maths tadi yaya"....."kacang jer ma".

Seperti biasa malam aku akan duduk dgn anak2 aku check homework diorg..... mana lah aku tak menjerit macam kucing.....melambak kerja sekolah kau boleh ckp takde. Satu lagi yg membuat aku mengamuk bila tulisan buruk....memang aku padam semua....kau buat lah balik. Makesure size tulisan tu sama besar. Menitik-nitik airmata bercucuran aku peduli apa. Aku kalau mengajar mmg garang tak ada nak main2. Lepas homework semua siap....aku akan suruh diorg buat latihan pulak. Anak2 aku ni aku tak hantar gi tuition lagi sbb kesian....bagi diorg rehat saturday & sunday. Tapi still jugak lah ada class...pagi sabtu mengaji...ahad ballet. Bila result exam keluar kalau markah penuh laju jer dia tunjuk kat aku.....kalau bawah 90 markah dia tunjuk kat laki aku.....Aku sebenarnyer tak kisah.....tak semesti nyer kena dapat semua 100 markah tapi yg paling aku tak suka bila time belajar korang jgn nak main2. Aku pun tahu pelajaran sekarang bukan nyer senang...kalau dah berusaha tapi tak berjaya apa nak buatkan. Kalau Danea baca ni....Mama x garang lah...Mama sayang Danea Mama cuma nak yg menjadi seorg yang berdisplin....

Danea ni very sensitif......kalau aku marah dia tak menjawab tapi airmata dia meleleh-leleh. Lepas tu terus masuk bilik. Esok nyer bila aku nak gi kerja dlm beg aku mesti ada surat from Danea..... I'm sorry Mama...Yaya janji tak buat lagi...Yaya sayang Mama sangat". Dia start tulis surat2 macam ni waktu umur dia 5 tahun. Surat2 ni semua aku simpan utk kenang-kenangan.

Anak aku no. 2 tu pulak...tak menyempat-nyempat nak buat homework....aku baru jer tanggal kasut kerja.."Ma adik ada homework jom buat". Fening2. Ameera ni nakal dia jgn cakap lah kerja dia asyik buat sepah jer.....kalau buat salah cepat2 dia tuduh kakak dia. Ameera ni degil & keras kepala sikit.....kau jeritlah macam mana pun satu air mata gatal pun tak keluar.

Nanti sambung lagi yer....laki aku sibuk jer mengacau. Dengki lah tu.....

No comments: