Nuffnang Advertisement

Thursday, March 31, 2011

Masak.....

Uolls.....i dah berubah. I dah jadi isteri yang solehah. I dah masak uolls.....dah 2 minggu i masak.....setiap hari. I pun tak tahu kenapa mood i suka memasak pulak lately ni. Walaupun tak sedap i cuba uolls. Balik jer dari kerja dlm pukul 6.00pm terus tukar baju.....pakai apron uolls. Pukul 7pm dah settle....cepatkan. Selalu nyer tak ada lah masak banyak2....laut for my kids, sayur & apa2 kuah. I sanggup mengorbankan cerita Kejora & Bintang yg bodoh tu.....demi menjadi Isteri yang mithali. Terima kasih banyak2 lah kepada Lisa pasar Taman Tun tu kerana memudahkan kerja i uolls. I beli semua yg dah tersedia......bawang putih, bawang merah, cili, halia, lengkuas, serai semua dah blende. Ikan bilis dah berkopek. Tu sebab i masak laju tak payah nak giling2 or keluarkan blender. Pandai kan i.

En Win & anak2 sampai rumah dalam pukul 7pm.....sampai jer suruh dulu budak2 tu mandi dalam pukul 8pm we all makan. I kembang uolls kalau laut yg i masak habis licin....rasa bangga uolls. Makna nyer sedap lah tu. Walaupun kadang2 termasin, terhangus tapi En Win tetap makan uolls. Dua minggu duit we all jimat. Ialah kalau makan kedai confirmed kena RM20 - RM30. Lagipun we all kena kumpul duit utk renovate rumah.....tu sbb i sanggup masak uolls demi mendapat rumah yg cantik.

Bila rumah dah cantik I pun kena cantik jugak kan oulls.... tak ada lah bila keluar rumah org ingat I maid.... malu lah I. Dah 4 hari....I tak makan nasi uolls. Just ratah laut2 &  makan roti jer. I diet uolls. En Win pun I control sekali tak bagi makan nasi. So kalau gi holiday hujung tahun boleh lah pakai 2 piece kat tepi pantai (angan2 dari dulu). This year angan2 nak gi London nak main salji....nak baling salji kat En Win, nak pakai coat bulu2, nak pakai boots tapi disebabkan dah beli rumah....saving dah licin pegi Fraser Hill jer lah jawabnyer. Janji sejuk uolls. Nanti kita sambung lagi.... boss garang ku dah masuk office.

No comments: