Nuffnang Advertisement

Tuesday, March 22, 2011

Lat..... Kampung Boy

Cuti sekolah bulan ni..... we all tak pergi mana2. En Win busy..... so saturday lepas we all decide gi tgk teater "Lat Kampung Boy" kat Istana Budaya. Aku ingat teater Lat Kampung Boy ni macam cerita kartun Kampung Boy kat TV tu. Rupa nyer bukan uolls.....dia menceritakan ttg kehidupan Dato' Lat dari kecil sampai tua.

Tapi cerita dia mmg superb..... aku takut jer anaks2 aku boring. Tapi nasib baik diorg pun teruja. Pelakon2 dlm teater ni semua best2.....ada Awie, Atilia yg lain tu aku x ingat nama diorg tapi aku kenal. Yang paling buat I teruja uolls sbb duduk sebelah Aflin Shauki, Johan Raja Lawak, Hans, & Harith Iskandar. Waktu ni.... i dah perasan macam pelakon uolls. Tapi tak berani nak tegur.....segan.  I terlupa uolls.....En Win ada kat sebelah I.....sebab mata I asyik menjeling dekat Hans uolls. Perasan sekejap diri ini seperti Erra Fazira (Gatai na).

Ok berbalik pasal cerita teater Kampung Boy ni...... ceritanyer mengesahkan kehidupan Dato' Lat yang memang dari kecil minat melukis kartun...... hobi nyer disokong penuh oleh bapak Lat. Barulah aku tahu yg Mamat Khalid ni rupanyer adik Dato' Lat (cube cite2)....sbb malam tu dia pun ada. Sambung balik cite Dato' Lat ni......bila Dato' Lat ni dah besau dia telah berkerja di NSTP......sebagai wartawan bahagian Jenayah. Of course....jiwa Lat memberontak sbb dia mmg x suka dgn pekerjaan yg dilakukannyer.....tapi memandang kan dia org susah waktu tu terpaksa lah Lat meneruskan pekerjaan itu. Hobi melukis nyer tidak dilupakan.....Lat telah menghantar lukisan yg dibuat kesebuah produksi dan lukisan nyer telah dicetak tanpa pengetahuan Lat. Agaknyer mmg rezeki Lat....karya nyer itu telah dibeli oleh boss tempat Lat bekerja.....apa lagi Lat telah dipanggil dan boss nyer telah membenarkan Dato' Lat melukis karton diruangan suratkhabar NSTP. Barulah aku tahu rupanyer karton Dato Lat ni popular sehingga kan Orang Jepun, Orang Germany, Orang London semua nyer meminati karton Lat ni.  Jalan cerita nyer sangat menarik di tambah lagi dgn lawak jenaka Awie. Mmg tak boring walaupun teater ni selama 3 jam.

Sebenar nyer En Win yang minat sangat ngan Dato' Lat ni........dia kata karton Dato' Lat ni menarik. Aku kan Kampung mana ada nak baca karton2 omputih ni......baca karton UJANG adalah. Habis jer teater ni dia ada jual buku Lat limited edition....hambik kau melayang RM200.00. Oooooo.....kalau aku mintak duit beli baju kau kata budget lari.....tapi bila beli buku karton ni ada pulak.......

Anak2 aku yg teruja nak gi tgk Teater Lat Kampung Boy......kau rasa anak no.2 aku tu faham ker nanti.



Wah! suka korang yer.......

Ini lah Dato' Lat......

1 comment:

Mohd "Yob" Aidil Jamaludin said...

Wow! Peminat Lat juga ke? Just blogwalking n looking for Lat fan. Hopefully ada penyambung legasi Lat once he consider retiring (please no!)

Salam perkenalan.. feom another Lat fan!
Ingat lagi koleksi-koleksi di link bawah ini? Hope you do! :)
http://kutubkhanahku.blogspot.com/2011/07/koleksi-lat-muzikal.html