Nuffnang Advertisement

Tuesday, March 8, 2011

Kenapa???

Kenapa aku tak suka gaduh - Aku malas nak peningkan kepala otak.... kalau gaduh ngan En Win confirmed aku kalah....sbb aku kan suka berckp....sikit2 nak mengadu. Sah2 aku yang tegur dulu. Kalau ngan kawan2 lagi aku malas nak bermasam muka or bergaduh. Dah tua bangka nak merajuk...nak  masam2 muka. Giler ker apa. Life indeed can be fun if you really want to. Life is too short, let's enjoy life to the fullest!!. Kalau muka tu asyik nak mengamuk jer...asyik fikir masalah jer....confirmed korang cepat tua aku jugak yg tetap vogue.

Kenapa aku garang - Kalau aku tak garang dua orang monster aku tu sure buat rumah ni macam taman permainan, sah2 kerja sekolah tak buat.....jadi aku kena jadi garang sbb En Win tak akan marah anak2 dia....sbb dia nak tunjuklah dia bapak yg paling sporting di dunia. PODAH!!.

Kenapa aku suka pergi Karaoke - Sbb aku perasan suara aku sedap waktu menyanyi.....walaupun En Win selalu kata aku tak ikut melodi....aku peduli apa....kau bukan nyer Ramli MS.....Yang penting suara aku mmg meletup waktu menyanyi

Kenapa waktu remaja aku suka menipu - kalau aku cakap jujur....confirmed bapak aku tak bagi keluar. "Abah, hari ni Elly nak keluar ngan Jantan....nak gi Sunway Lagoon". Memang penamparlah jawapan nyer. Cuba kalau aku ckp..."Abah... Elly nak gi belajar ngan kawan2 pagi ni (Study group)". Terus mengangguk kan kepala sambil menghulurkan duit. Best2!!

Kenapa aku takut ngan boss aku - Sbb aku tak tahu waktu bila dia marah...waktu bila dia berckp....sbb intonasi suara dia sentiasa kuat. So....aku sentiasa dlm keadaan ketakutan dan berjaga-jaga.

Kenapa aku suka bercuti di Pantai - Sbb aku akan perasan waktu ni aku org kaya yg duduk di kerusi rehat ditepi pantai....memakai bikini dan topi besar sambil membaca buku cerita dan Watermelon juice disisi ku.....dan pada waktu itu aku merasakan akulah paling jelita. Hahahah giler ker apa....pantai lah best boleh rehat kan otak.

Kenapa aku terlalu sensitif - Korang boleh ker tiba2 menanggis.....ini adalah senjata aku. Bila aku bersalah jer cepat2 nangis.....supaya En Win tak boleh marah2 lagi.....dan akhirnyer aku menang. Bila aku menangis mesti orang disekeliling ku akan  bersimpati. Jadi aku akan menjadi Drama Queen yg berjaya.

Kenapa aku boros.... siapa lagi nak menghabiskan duit En Win selain aku.....kalau aku tak habis mesti dia akan bejoli dgn kawan2 nyer....jadi aku haruslah pantas menghabiskan duit poket nyer.

Kenapa bila cakap suara aku kuat - kalau suara korang perlahan...confirmed orang malas nak dgr.  So....jadi lah macam aku sentiasa menggunakan suara yg nyaring dan tajam supaya semua mata akan tertumpu dekat aku.....walaupun aku cuma nak bagitahu yg pagi ni aku makan nasi lemak.

Kenapa aku malas menggosok - sbb aku tak pandai mengosok.....sbb dari kecik mak aku yg gosok kan baju aku dan aku rasa menggosok ni buat aku stress dan membuatkan ketiak aku akan berbijik (alasan yg aku selalu berikan kepada En Win). Walaupun aku tahu alasan itu terlalu bodoh....aku peduli apa. Aku sanggup mengeluarkan duit untuk menghantar semua pakaian2 ke Dobi.

Kenapa aku suka pergi SPA - ini memang tak dinafikan....aku mmg suka urut dan dimanja-manjakan. Penat pekerja harus duit tu digunakan untuk membelai diri ku ini. Sebulan....confirmed aku akan pergi 2 or 3 kali ke SPA. Best nyer!!! nak pergilah petang ni!!.

No comments: