Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 2, 2011

Birthday lagi!!!

Hi uolls.....jap2 nak bersihkan sawang kat blog ni sbb dah lama tak update. Sorry korang....lately ni i busy giler...org giler pun x busy macam i tau. Ni nak cerita pasal birthday i lagi (jgn muntah yer) sbb esok2 bolehlah anak2 baca balik apa yg mama dia buat waktu muda2 dulu. Saturday lepas (26th Februari) turn my inlaw pulak belanja I makan....we all celebrate kat Chilis Bangsar.

Muka kelaparan sbb tak makan tengahari....dah set kat kepala nak makan kaw2 kat Chilis nanti
Smile.....

Hambik kau.....order macam tak makan 3 hari. Tapi bila gemuk tahu pula kau melalak. Tapi bila order....I nak steak, Float, Chocolate cake....
Suka perempuan gemuk ni dapat makan.

Lepas makan kat Chilis dalam pukul 10pm...... Aku, En Win & Shira mereng nak pergi Zeta Bar pulak sbb kawan2 dah tunggu.....we all janji jumpa kat sana pukul 11pm (party lagi) apa nak jadi dgn kau ni Elly...meloncat kaki kau nak menari sedar lah diri sikit.....hahahaha


Sampai jer Zeta Bar kawan2 dah tunggu.....mesti korang pelik kan kenapa aku suka gi clubbing walaupun dah kawin dah ada anak. Bagi aku pulak......ini lah masa aku dapat spent time ngan En Win....dapat menari (kalau kat rumah jgn harap lah kau boleh menari) ala2 pelbagai rentak, boleh peluk2 (gatai na...), Lepak ngan kawan2, boleh release kan tension (korang tahu lah laki aku kan berniaga so hidup dia seharian asyik berfikir jer macam mana nak pusing2 kan duit, nak bayar sewa kedai lah, gaji staff lah, nak kena ambik stock lagi). So we all rasa dgn cara ini lah we all boleh rehat kan minda sikit sbb both of us mmg suka muzik. Lagi pun bukan lah we all pergi tiap2 minggu. Sebulan sekali jer.......tak salah kan.

Zura

Ini Zura & Hazalin kawan aku sejak Sekolah.....dia org ni  mmg satu kepala ngan aku. Kerja kitaorg tak ada lain mengutuk each other....kalau tak tahan jgn join group aku.... actually ramai group giler aku ni cuma diorg tak dapat dtg sbb laki tak bagi.....hahahaha. Tapi disebabkan diorg tak dapat datang kat Zeta Bar member2 aku ni dah arrange dinner Sabtu ni (makan lagi....sah2 berat aku naik lagi.) Dengkilah tu sbb aku jelita. Sporting tak Hazalin tu walaupun montok tetap seksi kan (nyampah).

Ini kawan2 adik ipar aku...join jer lah baru lah nampak muda.

Esok nyer pulak ada makan2 kat rumah my mum....tapi x sempat tangkap gambar sbb battery dah low.... Thanks Mak.....sedap tahap maximum mak masak semalam. 2 kali tambah nasi aku.

No comments: