Nuffnang Advertisement

Saturday, February 19, 2011

Pengalaman Bersalin....

Kalau perempuan yg dah berkawin aku confirmed diorg ada pengalaman bersalin yang sangat manis. Ini lah pengalaman yg aku rasa tak boleh di lupakan....jom aku cerita pengalaman bersalin aku kat korang. Of course bila first time korang tahu korang mengandung mesti gembira nyer tak terhingga (wah! projek aku setiap malam akhirnyer menjadi). Bila doktor sah kan aku mengandung tak ada pulak laki aku cium dahi or peluk aku depan doktor ala2 dlm filem tu... yg dia sibuk kan tak sabar nak balik & ceritakan kat mak dia (nak eksyen lah tu....makna nyer dia x mandul). Aku mengandung setelah tiga bulan selepas kawin (maknayer aku x pernah projek yer sebelum kawin....hahaha anak sah tau). Morning sickness aku memang teruk pagi2 macam nak terkeluar anak tekak aku muntah tak henti2....aku jadi malas asyik nak membuta jer...MC jgn ckp lah (korang tahulah mulut org melayu "org lain mengandung jugak tak lah macam si Elly ni" (lempang kang baru tau. Aku betul2 tak larat lah bodoh. Mengidam...tak ada pulak.

Cut it short.... doktor kata aku lagi 2 minggu nak bersalin. So doktor kata makesure nak dekat2 bersalin ni anak aku kena aktif (ala2 baby kena selalu tendang2 perut aku). Aku dah 38 weeks pagi tu aku rasa anak aku dalam perut tak aktif langsung... dia tak tendang aku macam selalu...hari ni dia cuma tendang sekali jer itupun setelah aku pujuk & ckp ngan dia. Korang tahu bila aku cakap ngan laki aku pasal benda ni dia jadi kelam kabut macam taik....terus bawa aku jumpa doktor. Nasib aku mmg baik....setelah doktor check jantung baby aku lemah....terus masuk dlm labour room....aku kena induse (betul ker spelling ni...biarlah). Tak pulak aku rasa apa2...x sakit pun. Doktor datang lagi check aku...kali ni aku nampak dia bawa gunting panjang...mengigil kepala lutut aku. bedebusssss....aku rasa macam air keluar. Rupa nyer dia pecah kan air ketuban aku. Hambikkkk kau lepas 1/2 jam sakit nyer tuhan saja yang tahu....

Aku siap boleh bergaduh nya laki aku dlm labour room tu....sebab dua2 panic. "Sabar yer Yang...I tahu u sakit". Aku menjawab dgn perasan yg marah " Tipu.. I yg sakit..u mana tahu. Meleleh air mata aku tahan sakit..."Darling i tak nak mengandung lagi...sakitttttt". Setelah aku menahan sakit dari pukul 8am pagi akhirnyer aku berjaya melahirkan anak pertama aku Danea Irfan pada pukul 2.45ptg... Hari Jumaat (cuba korang kira berapa jam aku tahan sakit). Itu pun setelah doktor takut kan aku nak vacuum anak aku kalau aku tak nak push baby keluar. Kali ni laki aku mmg macam pelakon dlm TV....anak aku keluar jer dia terus kiss aku dan menangis "Thank you sayang".(Wah! macam Remy IShak pulak...)

Ok itu cerita anak pertama. Bila mengandung anak kedua...aku dah ada pengalaman dari anak pertama so tak adalah panic sangat bila melahirkan nanti. Pagi tu aku dah rasa sakit2 kat pinggang tapi aku diam kan ajer sbb tak nak laki aku panic. Petang tu sakit dia bertambah tapi aku ttp diam kan diri. Korang tahu tak kenapa aku tak nak pergi hospital awal2....aku takut dia seluk pepek aku sbb nak tahu dah bukak brp CM. Sakit siot...bila dia seluk. Laki aku kan tak tahu aku sakit so dia sudah bawak aku gi Giant...beli barang2 dapur. Tgh jalan2 aku rasa macam benda nak terkeluar dari pepek aku... apa lagi aku terus duduk atas lantai...hahahaha semua org kat Giant tu kerumum aku. Aku ckp ngan laki aku rasa macam nak berak...cepat2 laki aku bawak aku gi toilet...masuk jer toilet tengok2 darah dah penuh panties aku. Apa lagi kita org zassss...terus gi Hospital. Sampai jer hospital doktor kata kemungkinan besar aku akan bersalin esok. So aku mintak kebenaran dari doktor untuk balik rumah dulu nak kemas brg. Sampai rumah aku mandi dulu...make up (aku kena lah bersalin in style). Tak ada lah pucat macam hantu. Kita orang pergi makan Fatty Crab lagi. So aku decide nak gi hospital esok pagi jer. Ambik kau pukul 3 pagi aku dah tendang2 dinding sbb pinggang & perut aku sakit sangat. Bila pergi jer hospital rupanyer dah bukak 7cm terus kena tolak dlm labour room pukul 6 pagi aku dah bersalin anak kedua aku Ameera Dani. Korang tahu tak laki aku kat mana waktu aku tengah berhempas pulas nak beranak. Dia boleh tertidur dlm kereta sebab kepenatan. ohhh...anak pertama bukan main kau tunggu yer. Anak kedua kau boleh tidur...anak ketiga nanti tak datang langsung kot aku yg drive sendiri gi hospital."Sorry Yang...doktor suruh i tunggu kat luar so i decide lepak dulu dlm kereta sbb i tahu mesti lama...tak sangka pulak boleh tertidur (aku rasa macam nak lempang jer)". Bila gaduh sampai skrg aku ungkit...pasal tak tunggu aku bersalin...tapi dia tak rasa bersalah pun..di blh ckp"yg pengting u dah selamat kan"...

Anak ketiga...... jgn harap sbb aku rasa aku nak besar kan dua monster kesayangan aku ni dulu. Biar diorg boleh manja lama2 sikit ngan aku & hubby dulu baru boleh fikirkan anak ketiga. Sekrg korang tahu lah expenses bukan nyer murah. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti baru aku akan fikirkan anak ketiga.

1 comment:

Kenari Putih said...

Hahaha... Comel sgt cerita bersalin awk ni tau... Yelaa kanak2 ni mmg meletihkan kita kan.. mmg kita ni jd mak monster kdg2 sbb penat layan karenah diorg... :-D