Nuffnang Advertisement

Tuesday, February 8, 2011

Borak2...

Dah satu kemestiaan pulak menulis blog ni!! best jugak yer sebab kita dapat luahan apa yg tersimpan dihati....ni aku nak cerita kan kat korang 10 benda2 yang aku paling tak suka :-

1. Tidur rumah orang - aku mmg tak biasa kalau kena tidur rumah orang....mungkin sebab dari kecik kalau aku nak tidur rumah sedara or kawan2 bapak aku tak izinkan. So bila aku tidur rumah orang jer aku akan rasa kurang selesa. Salah satu nyer lagi aku tak suka menyusahkan tuan rumah yg kena menyiapkan sarapan pagi utk aku, pakaian yg aku pakai sesuai ke tidak, nak kena bangun pukul berapa?, so benda2 macam ni aku malas nak fikir jadi aku lebih selesa duduk rumah sendiri atau tidur hotel (lantak lah orang nak kata aku eksyen...menganda2 yang penting aku selesa & senang menguruskan anak2 aku yg nakal sampai aku tiba2 boleh jadi perempuan giler).

2. Tak suka guna tandas awam - ini mmg kepantangan aku...aku sanggup tahan berak & kencing sampai balik rumah...tak tahu kenapa. Melainkan tandas tu betul2 bersih. Aku mmg cukup tension kalau anak aku nak kencing atau berak kat tandas awam sure muka aku muncung macam babi......aku sanggup beli air mineral basuh berak anak2 aku tu.

3. Jgn membebel atau marah waktu tgh makan - ini satu lagi benda boleh buat aku jadi meroyan and menjadi perempuan giler secara tiba-tiba. Laki aku cukup faham dgn perangai aku ni. Korang kalau nak membebel atau marah tunggu sampai aku habis mencekik dulu. Kalau tak.... mahu terbalik or terpelanting pinggan tu aku kerjakan. (giler garang....)

4. Pengotor - aku bukan lah cakap yg aku ni pembersih sangat.....tapi aku mmg pantang kalau rumah berselerak.....mula lah mulut aku tak behenti berckp....especially tandas. Anak2 aku & hubby bila start jer aku membebel diorg cabut....pura2 nak gi kedai lah...gi taman lah. Setan...bukan nak tolong kemas.

5. Wish - aku mmg cukup sensitive part ni.....aku akan rasa sedih bila hubby aku lupa tarikh2 penting dalam hidup aku. Aku bukan nyer nak hadiah tapi cukup lah sekadar wish. So far nasib baik laki aku ingat. Mati dia aku kerjakan kalau lupa. ooooo.....time bercinta pandai pulak wish pukul 12 tepat, beli bungalah, teddy bear lah  so lepas kawin kena buat benda yang sama gak....(tadi kata tak nak hadiah...penipu kan....)

6. Ckp Besar - Eeeeee..... boleh muntah darah kalau kawan ngan orang macam ni. Semalam aku baru jer beli  beg baru.....berjenama tau....tak mahal pun. U pakai kasut brand apa? Setan!! aku peduli apa kau nak beli. Tapi orang macam ni elok ajar balik.....kau tunjuk pulak apa yg kau ada bg dia telan air kahak sikit. Actually aku bukan orang mcm ni....sbb selalu nyer aku akan beli sesuatu barang tu sbb aku suka bukan nak berlawan siapa punya barang paling mahal and kalau aku beli pun itu salah satu nyer cara untuk aku merewardkan diri aku yg penat bekerja.

7. Jgn kutuk keluarga aku - berani kutuk aku lempang kang....teleng kepala.

8. Jgn kacau - Bagi aku hujung minggu hari aku bersama keluarga....aku cukup menyampah kalau ada kawan2 yg call atau ajak keluar waktu cuti ni (sekali sekala tak apa lah). Tolong jgn call or datang rumah aku time cuti hujung minggu ni sbb bagi aku hari bersama keluarga hari yg sangat penting dan membahagiakan. Korang bayangkan lah...aku cuma dapat jumpa laki aku malam jer itupun 1 jam waktu makan...sbb lepas tu dia kena gi kedai & balik pukul 11 jer....bila dia sampai rumah aku dah nak membuta sebab esok nak kerja. Ngan anak2 pun sama...aku cuma ada masa dgn diorng dari kul 7pm sampai kul 11pm jer. Jadi hujung minggu lah waktu kami berkumpul & waktu tu jelah aku boleh melawat mak & abah.

9. Jgn masuk campur hal rumah tangga aku - Aku sejak berkawin kalau bergaduh ngan lagi aku kitaorg jarang ceritakan masalah kitaorang kat family atau kawan2. Paling lama kalau aku gaduh ngan laki aku pun malam sebelum kul 12 kita orang mesti berbaik semula. Aku & hubby mmg x suka fikir masalah remeh temeh ni....sbb kalau dua2 tgh marah memang tak ada penyelesaian so baik buat dekkk...jer. kalau dua2 dah sejuk baru kitaorg bincang balik. Cuba korang bayangkan kalau korang asyik mengadu kat kawan pasal masalah korang....benda ni akan menjadik kutukan suatu hari nanti. Selalu nyer kawan2 ni akan bagi nasihat yg negatif (maksud aku bukan semua nyer)....lagi pun apa yg kawan korang boleh tolong....tension kan korang lagi ada lah. Baik tak yah.....

10. Pinjam Duit - Aku tak kisah bagi orang pinjam duit sbb bagi aku kalau kita senang apa salah nyer kita membantu orang yg memerlukan kan. Tapi yg menjadi kepantangan aku bila time nak bayar balik... kau tak jawab phone....hilangkan diri...nampak aku cabut lari. Pukimak!! betul aku yg kena cari kau....waktu nak pinjam boleh laks kau datang jumpa aku tiap2 hari.Orang macam ni sekali je lah merasa duit aku.

No comments: