Nuffnang Advertisement

Tuesday, January 25, 2011

S.O.U.P

Dulu aku ada join satu seminar ni..... mengenai Imej. Macam mana kita nak menjaga imej, grooming, kecantikan....dan macam2 lagi lah. Yang bagi speech waktu tu "Norma Norell" (tak tahu ejaan nama perempuan ni betul ke tidak). Perempuan ni adalah perunding imej yang berjaya waktu tu. Sekarang ni kan dah ada Sharifah Shawati yang mata bulat tu. Just nak share apa yang aku dapat bila attend seminar ni. Puan Norma ni cakap ada 4 perkara yang kita perlu elakan apabila kita ingin memulakan perbualan dgn seseorang : -

1. S = bermakna Saya. Makna nyer.....cewah macam pensyarah pencen pulak. heheheh. Ok kita jgn formal sgt dan terlalu mengunakan ayat2 skema...kang korang tak faham pulak apa yg nak aku sampaikan. Saya maknayer kalau korang nak berbual dgn orang jgn asyik cakap pasal diri sendiri jer..macam ni aku bagi contoh
- saya kerja di Hartamas sebagai ekjukutip
- saya pakai kereta BWM
- gaji saya 4 angka (awak ada)
mmg sah2 orang angkat kaki & blah sebab menyampah.

2. O = untuk Orang. Aku bg contoh lagi.... kang tak faham pulak
- Awak kenal tak Siti yg pakai BMW2302 tu. Dia kan asyik gi London jer setiap tahun.
- Awak nampak tak orang yang duduk kat hujung tu....kenapa dia pakai macam tu yer...tak cantik langsung.
- Awak perasan tak perempuan yg borak ngan kita tadi mulut dia busuk kan.
So orang paling benci bila kau memulakan sesuatu perbualan dgn mengutuk dan mengata pasal orang lain. So sila elakan walaupun berckp pasal orang perkara paling best didunia.

3. U = Ugama.
Berbincang mengenai ugama adalah berkara yg paling sensitive sekali. Sebab ia boleh mendatangkan kemarahan & pergaduhan kerana berselisih pendapat. Aku cukup benci bila orang berlagak alim. Bagi aku sebelum kita menasihat seseorang tu kita lihat diri kita balik....kita ni baik sangat ker sampai boleh nasihatkan orang!! (emo pulak aku tiba2...sbb aku banyak sangat jumpa org berlagak alim ni...baru puasa sebulan dah rasa diri dia baik sgt) Contoh....
- Awak sembahyang tak kat rumah. Saya sembahyang 5 waktu tau...itu sbb rezeki saya mencurah-curah
- Kenapa awak tak puasa? Awak tahu tak apa hukum nyer (oi x payah bersyarah lah bodoh...aku dah besar aku tahu apa yg aku buat). Kan... dah gaduh betul tak apa aku cakap...

4. P = Politik
Ini pun sensitive gak....korang bodah ker apa tiba2 tanya orang yg baru korang jumpa....Contoh supaya korang lebih faham
- Awak sokong siapa? Pas ker BN
- Dato' Anwar tu x bagus lah baik awak sokong Dato Samy Vellu boleh dapat highway. Cepat sikit sampai rumah.
- Ini tahun kan BN banyak tipu org oooo....lain kali jgn pangkah itu BN.
Ha....nak mampus buat  nyer orng tu orang kuat Barisan Nasional tak ker hilang leher kau kena tetak.

So....moral yg saya dapat dekat seminar ni jgn sekali-kali cakap pasal  4 perkara di atas (S.O.U.P) bila u all nak memulakan perbualan dgn seseorng.Cuba lah elakan walaupun perkara 4 diatas ni yg paling best sekali bila berborak.

 Sekian...renung2kan dan selamat beramal.

1 comment:

ilazzshah said...

betul la eja Norrel tu. dia kan adik ipaq Ali Bakaq.. hang dok Keramat gak ek.. sama la kita..:)