Nuffnang Advertisement

Thursday, January 27, 2011

Percintaan....

Ishhh….malunyer nak cerita. Gatai!!!. Aku nak share ngan korang semua macam mana aku mula2 jumpa ngan laki aku ni En Win. Dolo2 aku suka sangat tgk satu cerita ni tajuk dia kalau tak silap aku Doogie Howser M.D – nama betul  jantan mat saleh ni Neil Patrick Harris. (Alah cerita omputih budak 16 tahun dah jadi doktor tu). Waktu tu umur aku 16 tahun form 4. Aku punya minat gila tahap meroyan kat Neil ni kalau ada jer majalah muka dia mesti aku beli. Zaman tu mana ada internet…. aku pernah tulis surat kat Neil of course dia x balas…mungkin dia x faham English aku kot….hahahah aku sendiri pun x faham apa yg aku tulis waktu tu.

Ok2….enough! kita berbalik kepada percintaan aku. Ceweh!!!. Aku tengah tersenyum malu ni!!. Aku dulu pergi sekolah naik bas sekolah….biasalah budak baru nak naik perasan jelita kan….tempat aku mesti kat belakang sekali ngan geng2 aku. Bas Sekolah ni akan ambik aku dulu baru dia gi kat sekolah lelaki kat La Salle P.J pulak. Perggghh….tiba2 satu hari ni ada seorg lelaki naik bas muka dia iras2 Neil ni!! Aku terkedu…lidah ku kelu…muka ku terasa panas…jantung ku berdebar-debar (mesti gelikan ketiak korang bila baca ni). Dalam hati menjerit aku nak jantan ni!!!. Tiba2 mata bertentang mata aku tertunduk malu dan kami  bertukar senyuman. Waktu tu dia naik bas ngan seorang kawan dia tak silap aku nama kawan dia Alang kot. Nasib baik kawan aku ni kenal ngan kawan dia….so makna nyer aku ada peluang.

Tapi perjumpaan tu sampai dia situ saja….sbb waktu tu aku ada ramai boyfriend ialah waktu tu kan aku jelita, cun & cute (sila lempang diri anda). Aku waktu remaja mmg nakal (nakal ok bukan jahat macam bohsia). So setiap hari sabtu aku mesti gi “Tea dance” kat Piccadilly at Damansara. Tempat clubbing ni mmg utk remaja2 jer dia akan mula beroperasi dari pukul 3pm sampai 7pm. Nak masuk kena  bayar RM7 dapat satu coke bukan beer ok. Selalu nyer aku akan tipu bapak aku gi tuition. Tapi sebenarnyer anak dia terkinja-kinja. So…sekali lagi aku jumpa En Win ni…..maka kami pun berkenalan dan bertukar2 biodata (En Win : “I call u kul 8pm tepat ok”. Aku: “Tapi kalau bapak I angkat u letak tau”!! – nak bercinta tapi tetap takut bapak kan) . Rupanyer dia pun syok kat aku waktu first time jumpa dalam bus tu….giler korang aku kan jelita tahap dewa kalau tak terpikat mmg rugi (sila muntah).

First date aku kat Hard Rock Café waktu tu aku dah form 5….En Win pulak dah belajar kat College. Janji nak jumpa kul 8pm malam…..tapi aku kan Diva kena datang lambat….so aku datang pukul 8.30 jer dgn harapan dia dah tunggu aku. Bila aku sampai….. aku tak nampak pun En Win ni…aku dah dress up tahap gaban cun ni pakai dress ala2 princess ngan make up bak Kris Dayanti. Waktu tu mana ada handphone nak call nak pakai public phone malu siot…..buat nyer bapak dia angkat mampus aku. Aku tunggu sampai kul 8.45pm tak sampai gak lagi aku bagi peluang sampai kul 9.00pm kalau tak ada gak aku chow berani dia tipu diva ni. Mulut aku dah menyumpah-yumpah ni. Pukul 9.00pm dia x sampai lagi aku dah start tension ketiak pun dah basah sebab asyik kehulu kehilir aku ambik keputusan blah jer lah …. Waktu balik aku kena naik bas mini sbb waktu nak gi tadi aku naik teksi so duit tinggal balance sikit2 jer. Dalam hati siap kau jantan berani tipu aku.  Aku pun tunggu lah bus kat bus stop depan hard rock tu…. Tiba2 dia muncul and berulang kali mintak maaf kat aku sbb lambat….aku x ingatlah dia bagi alasan apa waktu tu. Seperti biasa kan aku kan diva jelita buat2 merajuk tapi dlm hati cepatlah pujuk. Hahahaha…….

Setelah dia berjaya memujuk aku dan memberi alasan yg munasabah so kita orang pun continue our date balik…gi makan2 kat Lot 10…waktu tu seperti dunia kami yang punya…..aku lah pasangan yang paling romantik yg aku rasa kan waktu tu. Aku  masih ingat lagi tarikh keramat tu 10.4.1994. Alhamadullilah percintaan kami berakhir dgn perkawinan dan sekarang kami amat bahagia disamping  2 orang chaya mata.

Korang mesti nak tahu kenapa aku suka sangat kat En Win ni…..dia seorg yang sangat kelakar, romantik (dlm diam), happy go lucky macam aku gak, tak suka fikir masalah, penyayang, penyabar (kau tahu lah aku kan asyik nak mengamuk jer) and alwiz think about our future. I Love u so much darling!!! I hope kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Korang mesti nak tengok macam mana muka Neil Patrick Harris tu kan!!!

Versi Putih....cute  nyer. Cium sikit!!


Versi Hitam....mmg lah sekarang ni korang tengok tak sama sbb laki aku dah gemuk tapi dulu sumpah muka sebijik tu..... nanti aku cuba cari gambar laki aku dolo2



US......

2 comments:

MISS DIVA said...

sweet nye..tp mmg seiras la muka neil tu dgn husband akak..apa2 pun semoga bahagia hingga akhir hayat

Anonymous said...

Happy anniversary pertemuan anda yang pertama.. hehehe.. tetiba terbaca post ni pada 10.04.2013.. dah 19 tahun berlalu..

-atul-